LAWATAN KERJA MENTERI PERTAHANAN KE HAT TUANKU MIZAN

Kuala Lumpur, 10 April 2019 - Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Ketibaan beliau disambut oleh Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, Leftenan Jeneral Dato' Pahlawan (Dr) Md Amin bin Muslan dan para pegawai kanan hospital. Terlebih dahulu, beliau turut menerima kawalan kuarter dari anggota Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Dalam lawatan ini, beliau diberikan taklimat ringkas sebelum dibawa melihat kemudahan dan fasiliti yang terdapat di hospital ini. Beliau turut meluangkan masa untuk berjumpa dan beramah mesra dengan para pesakit serta ahli keluarga mereka.

Dalam pada itu, ketika sidang media selepas lawatan tadi, beliau memaklumkan bahawa Pihak Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK) telah mengusulkan supaya perolehan Hospital Information System (HIS) dapat dilaksanakan dan ia akan menghubungkan kesemua lima (5) Hospital Angkatan Tentera di seluruh Malaysia termasuk satu di Kota Kinabalu, Sabah.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Puan Mastura binti Ahmad Mustafa serta pegawai kanan kementerian dan ATM.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Rabu, 26 Jun 2019.