MALAYSIA HARAP INDIA DAN PAKISTAN BERUNDING SELESAI KONFLIK

KUALA LUMPUR, 28 Februari 2019 - Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu menyatakan bahawa Malaysia berharap India dan Pakistan berunding dengan bijak bagi menyelesaikan konflik yang dihadapi kedua-dua negara itu.

Menurut beliau, Kementerian Pertahanan mempunyai hubungan diplomasi yang baik dengan India dan Pakistan dan beliau berharap rundingan segera diambil supaya tidak berlaku peperangan antara kedua-dua negara.

“Cari jalan perundingan supaya tidak berlaku peperangan kerana ia amat bahaya kepada kedua-dua negara dan konflik antara dua kuasa tentera yang agak besar boleh membawa kemusnahan yang dahsyat kepada rakyat mereka,” katanya ketika diminta mengulas mengenai konflik yang melanda India dan Pakistan kini.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Rabu, 26 Jun 2019.