31 NEGARA SAH SERTAI LIMA'19

LANGKAWI 11 Februari 2019 - Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan Malaysia amat komited dalam penganjuran LIMA '19 yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac 2019 di Langkawi. Acara dwi-tahunan ini menjanjikan lebih kemeriahan dengan mengimbau nostalgia penganjuran kali pertama yang dicetuskan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia. 

Sebanyak 354 syarikat pertahanan, komersial dari 31 buah negara mengesahkan penyertaan dijangka akan menerima kehadiran penyertaan pesawat komersial statik yang lebih dari sebelumnya.

Menteri Pertahanan, YB Mohamad bin Sabu berkata, sebanyak 12 negara telah mengesahkan penyertaan secara berkumpulan atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Menurutnya lagi, antara acara yang dinanti-nantikan iaitu pertunjukan udara bakal menyaksikan kehebatan pasukan aerobatik seperti Jupiter dari Indonesia dan dijangka penyertaan Tim Aerobatic Russian Knight dari Russia".

Terdahulu, YB Menteri telah mempengerusikan Mesyuarat Induk Penganjuran LIMA'19 bersama sekretariat dari semua agensi kerajaan dan swasta yang turut melibatkan Kementerian Pengangkutan Malaysia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau juga turut menyempurnakan Majlis Pengiktirafan kepada Rakan Penaja bagi LIMA`19 di The Grand Ballroom Resort World, Langkawi. Antara rakan penaja rasmi yang terlibat pada kali ialah Mercedes-Benz Malaysia Sdn. Bhd., Telekom Malaysia Bhd., Affin Bank Bhd., Petronas dan syarikat pengeluar jam tangan, Oris. 

Hadir bersama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ignatius Darell Leiking, Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Dato' Hj Kamarudin Jaafar dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Puan Mastura bt Ahmad Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Encik Ahmad Nadzri B. Mohd Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Dr Karminder Singh Dhillon, dan wakil-wakil agensi kerajaan dan swasta. 

 

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 12 Julai 2019.