WACANA PATRIOTIK TAJUK "PERTAHANAN NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

Kuala Lumpur, 11 Oktober 2018 - Wacana Patriotik bersama tiga ahli panel iaitu Menteri Pertahanan, YB Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Panglima Angkatan Tentera (PAT), YBhg Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Mantan Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Abd Halim Ali, dengan tajuk "Pertahanan Negara Tanggungjawab Bersama" di Auditorium Wisma Pertahanan.

Antara isu-isu yang dibincangkan bersama ahli panel adalah mengenai agenda tadbir urus & integriti di dalam Kementerian Pertahanan selepas bertukar kepada pemerintahan kerajaan baharu serta penglibatan penjawat awam dalam mempertingkatkan dan menyuntik semangat patriotisme.

Wacana patriotik ini dianjurkan oleh Unit Integriti, Bahagian Hal Ehwal Awam J7 Markas ATM, Bahagian Khidmat Pengurusan, Unit Komunikasi Strategik serta dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia. Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Halimi bin Abd Manaf, Panglima-Panglima Perkhidmatan ATM, pegawai-pegawai kanan serta warga Kementerian Pertahanan.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Rabu, 26 Jun 2019.