MAJLIS PERASMIAN HARI KESEDARAN KESELAMATAN ICT MINDEF (INFOSEC2018)

Kuala Lumpur, 4 Okt 2018, - Menteri Pertahanan Malaysia, YB Mohamad bin Sabu menyempurnakan ‬Majlis Perasmian Hari Kesedaran Keselamatan ICT MINDEF (INFOSEC2018) ‪bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan sebentar tadi.

Program ini dianjurkan atas kesedaran tentang kepentingan memberi pengetahuan berkaitan keselamatan dan cabaran di alam siber kepada warga kementerian. Pendedahan tentang ancaman dan risiko siber amat penting untuk mendidik kita semua menjadi pengguna media sosial yang lebih beretika dan bertanggungjawab.

Selain itu, menerusi program ini, warga Kementerian akan mendapat pengetahuan tentang kaedah serta tatacara pengendalian maklumat digital dengan betul. ‬

Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato' Halimi bin Abd Manaf bersama isteri, Datin Naimah bt Hj Ahmad merangkap Pengerusi PUSPANITA Kementerian Pertahanan, Panglima Angkatan Tentera, YBhg Jen Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin dan Panglima-Panglima Perkhidmatan.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Rabu, 26 Jun 2019.