MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PANGLIMA ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (PAT), ANTARA YM JEN TAN SRI RAJA MOHAMED AFFANDI RAJA MOHAMED NOOR DAN JEN TAN SRI DATO' SERI ZULKIFLI ZAINAL ABIDIN

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2018 - Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Tentera Malaysia ( PAT ), antara YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor dan Jeneral Tan Sri Dato' Seri Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin yang berlangsung pada hari ini bertempat di Auditorium, Wisma Pertahanan.

YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor Panglima Angkatan Tentera ke-19 menamatkan perkhidmatan dan menyerahkan tugas sebagai Panglima Angkatan Tentera kepada Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkflii bin Hj Zainal Abidin yang telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera ke-20 berkuatkuasa pada 20 Jun 2018.

Acara kemuncak menyaksikan tabik hormat oleh YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor kepada kontinjen Kawalan Kehormatan Utama dan Batalion Penama Rejimen Askar Melayu Diraja. Hari terakhir beliau diakhiri acara tradisi send off dengan "street lining" yang melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia memberikan penghormatan sebagai tanda penghargaan kepada mantan Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan isteri Puan Sri Norlida binti Hj Abdul Mubin.

Turut hadir pada acara ini ialah YBhg Dato' Halimi bin Abd Manaf, Ketua Setiausaha Kementerian Penahanan, Panglima-Panglima Perkhidmatan serta pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia.

Cetak Emel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Isnin, 12 November 2018.
×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input