MAJLIS BERBUKA PUASA PEGAWAI DAN ANGGOTA KAPAL DIRAJA (KD) MAHAWANGSA BERSAMA MENTERI PERTAHANAN

Klang, 7 Jun 2018 - Majlis Berbuka Puasa pegawai dan anggota warga KAPAL DIRAJA (KD) MAHAWANGSA bersama YB Tuan Hj. Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia telah dilaksanakan dalam satu pelayaran sekitar perairan Selat Melaka. Kehadiran Menteri Pertahanan bersama Super Lynx turut diiringi oleh Panglima Tentera Laut; Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman bin Hj Ahmad Badaruddin.

YB Menteri Pertahanan berkesempatan meluangkan masa dan mendekati The Navy People dalam satu majlis yang serba ringkas namun kemeriahan tetap dirasai.

Majlis seumpama ini merupakan salah satu langkah bagi menghargai pengorbanan dan jasa anggota TLDM yang terpaksa berjauhan daripada keluarga pada bulan Ramadan dan Syawal. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk berjauhan daripada keluarga terutamanya pada bulan istimewa dalam Islam ini, namun kerana tugas dan tanggungjawab kepada negara, mereka sanggup berkorban.

Walaupun seluruh umat Islam sedang bergembira bagi menyambut hari lebaran, TLDM perlu menunaikan tanggungjawab melaksanakan operasi pengawasan keselamatan perairan dan instalasi strategik maritim negara. Tanggungjawab menjaga kedaulatan dan rutin operasi seperti ini sememangnya tidak boleh dikompromi.

Cetak Emel

 
ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia  

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 1757
portal[at]mod[dot]gov[dot]my
 
 
 

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Khamis, 28 Mac 2019.