DEMONSTRASI KEUPAYAAN ATM BERTEMPAT DI LAPANGAN UDARA KOTA BELUD, SABAH

Kota Belud, 11 Mac 2018- Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein menyaksikan Demonstrasi Keupayaan ATM bertempat di Lapangan Udara (Airstrip), Kota Belud, Sabah.

Demonstrasi Keupayaan ini melibatkan sebahagian aset ATM milik Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia yang ditempatkan di Sabah.

Antara aset ketenteraan yang terlibat adalah Helikopter Agusta, Kenderaan Perisai Gempita, Kenderaan Perisai Lipan Bara, Helikopter Fennec, Pesawat Pejuang Sukhoi SU-30 MKM, Pesawat Pejuang FA-18D Hornet & Hawk dan Pesawat Pengangkut C-130.

Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menegaskan bahawa setiap aset ATM berada dalam keadaan siap siaga dan anggota ATM dalam paras prestasi tertinggi utk berhadapan dengan apa jua ancaman." .

Turut hadir adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi; Panglima Angkatan Tentera, YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima-panglima Perkhidmatan serta Pegawai-pegawai Kanan Kementerian dan ATM.

 

 

 

Cetak Emel

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Jumaat, 21 September 2018.
×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input