Top Desktop version

Kementerian Pertahanan Malaysia

Switch to desktop

MinDef : Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM

Kuala Lumpur, 26 Jun 2013 – Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM yang diperkenalkan pada 1991 bertujuan untuk member pengiktirafan kepada anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam akademik. Ia juga sebagai salah satu dorongan kepada anak-anak anggota ATM lain agar lebih berusaha untuk cemerlang dalam bidang akademik.

Seramai 936 pelajar yang terdiri daripada 284 pelajar SPM dan 652 pelajar PMR yang berjaya layak untuk menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik ATM 2013 ini yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Ketua Staf Markas ATM, Ketua Eksekutif LTAT serta pegawai-pegawai kanan tentera Kementerian Pertahanan.

berita

galeri gambar

lain-lain menu

perkhidmatan atas talian