PORTAL RASMI

KEMENTERIAN PERTAHANAN

MALAYSIA

SENTIASA
BERSEPADU
DI ANGKASARAYA
GAGAH
SETIA
SEDIA
BERKORBAN

MELAKA, 1 Ogos 2018 - Upacara penghormatan terakhir sempena Send Off 16 rangka anggota tentera New Zealand ke Kem Wardieburn, Kuala Lumpur telah diadakan di Dewan Serbaguna Kem Terendak.

Turut hadir memberikan penghormatan ialah Panglima 10 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Komander Artileri 3 Divisyen, Brigedier Jeneral Ahmad bin Abu Bakar dan wakil New Zealand Group Captain Carl Nixon.

Upacara penghormatan ini diadakan sebagai simbolik penghormatan daripada pihak ATM kepada anggota tentera New Zealand yang telah dikebumikan di Commonwealth War Grave (CWG) Terendak, Melaka mulai pada tahun 1964 sehingga tahun 1969.

Seramai 300 anggota dan wakil Kementerian Kesihatan menghadiri upacara ini. Tim Istiadat diketuai oleh seorang pegawai dan 36 anggota Lain-lain Pangkat daripada Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (Para). Dengan upacara ini, menandakan selesainya proses ekskavasi rangka anggota tentera New Zealand di Melaka yang telah bermula pada 3 Julai sehingga 26 Julai 2018. Kerja-kerja ekskavasi, analisis forensik, reconciliation process dan identification board di Terendak melibatkan seramai 112 petugas dari ATM, 110 petugas dari Agensi Kerajaan serta universiti tempatan yang diketuai oleh Mejar Jeneral Dato’ Doktor Haji Mohd Ilham bin Haji Haron bersama 29 petugas dari New Zealand.

Kesemua keranda tersebut akan ditempatkan sementara di Dewan Wardieburn, Kem Wardieburn, Kuala Lumpur sebelum diserahkan kepada Kerajaan New Zealand pada 20 Ogos 2018 dalam Upacara Rasmi Penyerahan 28 rangka anggota tentera New Zealand (Op Te Auraki) daripada kerajaan Malaysia kepada kerajaan New Zealand di Kompleks Bunga Raya, Kuala Lumpur.

Pengumuman

  • LTAT  akan melaksanakan pembayaran caruman melalui pengkreditan terus ke akaun bank tuan/puan dimana no. kad pengenalan akan digunakan sebagai ID utama.

    Selanjutnya

  • LTAT sentiasa komited untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dengan menyediakan pelbagai faedah kepada pencarum-pencarumnya.

    Selanjutnya

  • LTAT di dalam melaksanakan pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR), sedang membina 2,000 unit kediaman mampu milik di atas

    Selanjutnya

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

    Selanjutnya

  • Makluman Tender

    Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.

     

    Selanjutnya

Facebook
Instagram
Youtube
Twitter
Borang
Contact
RSS
Feedback
Mobile

ATM
TDM
TLDM
TUDM

Kementerian Pertahanan Malaysia

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA
(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

Hak Cipta @ 2018 KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA | Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 11 ke atas, Mozilla Firefox dan Chrome

Kemaskini Terakhir : Isnin, 12 November 2018.
×

Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050. Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.

Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.

Apakah aspirasi anda untuk Pertahanan Negara di tahun 2050?
Invalid Input

Jantina
Invalid Input

Umur
Invalid Input

Kaum
Invalid Input

Captcha(*)
CaptchaInvalid Input