Top Desktop version

Kementerian Pertahanan Malaysia

Switch to desktop

MinDef : Istiadat Perbarisan Mengarak Panji-Panji

Kuala Lumpur, 8 Jun 2013 - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong ini merupakan simbolik ikrar taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Seri Paduka selaku pemerintah tertinggi pasukan keselamatan negara.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan serta pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

berita

galeri gambar

lain-lain menu

perkhidmatan atas talian