Mesyuarat Agung Puspanita Tahun 2012
Jumaat, 16 Mac 2012 00:00

Kuala Lumpur, 16 Mac 2012 - Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Y. Bhg. Dato' Sri Dr. Haji Ismail Bin Haji Ahmad telah mengiringi Penaung PUSPANITA, Y.Bhg Datin Seri Hamidah binti Khamis merasmikan Mesyuarat Agung PUSPANITA Tahun 2012 Cawangan Kementerian Pertahanan bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan.

Mesyuarat agung kali ke-29 ini turut menerima Laporan Tahunan PUSPANITA Cawangan Kementerian Pertahanan bagi tahun 2011 serta Laporan Kewangan dan Penyata Kira-Kira PUSPANITA dan Pusat Anak Permata yang berakhir 31 Dis 2011.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan awam Kementerian Pertahanan.

Terakhir dikemaskini pada Selasa, 20 Mac 2012 12:56