|
Pembetulan Laporan Akhbar "Malay Mail" bertajuk "Mukhtiar's Long Wait Ends" |
|
Jumaat, 30 Oktober 2009 11:16 |
|
PEMBETULAN TERHADAP LAPORAN AKHBAR “MALAY MAIL” BERTAJUK “MUKHTIAR’S LONG WAIT ENDS” PADA 17 OGOS 2009
Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan ingin membuat pembetulan kenyataan akhbar yang disiarkan oleh akhbar Malay Mail pada 17 Ogos 2009 :
Dimaklumkan bahawa kenyataan yang dilaporkan adalah bercanggah dengan kenyataan yang dibuat oleh Jabatan Arah Rekod dan Pencen yang mana akan memberi pengharapan kelayakan pencen kepada pegawai tersebut.
Mengikut kelayakan, pegawai tersebut hanya akan dibayar perbezaan ke atas ganjaran tamat perkhidmatan bagi pegawai bertauliah jangka pendek dan bukannya pencen bulanan seperti yang dilaporkan kerana pegawai tersebut adalah Pegawai Tauliah Jangka Pendek.
Pihak Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan memohon agar pihak Malay Mail memperbetulkan perkara yang dilaporkan supaya tidak menimbulkan masalah tuntutan kelayakan pencen. Kelayakan sebenar pegawai tersebut adalah pembayaran perbezaan ganjaran tamat perkhidmatan Tauliah Jangka Pendek yang merujuk pada peraturan yang diguna pakai.
|