|
Maklumbalas Aduan Akhbar "JKR Tidak Layan Aduan Kerosakan" Dalam Berita Harian Pada 28/8/09 |
|
Jumaat, 30 Oktober 2009 11:05 |
|
Pihak Kementerian Pertahanan ingin mengucapkan terima kasih di atas aduan dari ”LLP Kecewa, Kem Terendak, Melaka” yang disiarkan dalam ruangan Surat & E-Mel pada 28 Ogos 2009. Untuk makluman, Kementerian tidak dapat mengambil tindakan susulan terhadap aduan pengadu kerana butir-butir aduan yang dikemukakan adalah terlalu umum. Keadaan ini menyebabkan pihak Kementerian sukar untuk mengenalpasti rumah pengadu bagi tujuan pembaikan.
Pihak Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan memohon kerjasama ”LLP Kecewa, Kem Terendak , Melaka” untuk menghubungi talian 03-20714891 atau Tol Free Mindef di 1 800 222 700 bagi memberikan maklumat lanjut berkenaan aduan pengadu.
Pihak Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pertahanan memohon agar pihak Berita Harian menyiarkan kenyataan ini supaya aduan pengadu tidak menimbulkan persepsi negatif terhadap perkhidmatan kami di kalangan orang awam.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Faridah Hanim Abdul Ghani di talian 03-20714891.
|