|
Maklumbalas Aduan Akhbar "Tukang Masak Dakwa Dianiaya Pegawai” Dalam Harian Metro Selatan |
|
Jumaat, 30 Oktober 2009 10:58 |
|
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR BERTAJUK “TUKANG MASAK DAKWA DIANIAYA PEGAWAI” TERBITAN HARIAN METRO SELATAN PADA 10 JULAI 2009
Markas Tentera Laut, Kementerian Pertahanan ingin mengulas serta menyangkal dakwaan tukang masak yang menyatakan beliau dianiaya pegawai yang mana tidak tepat sama sekali. Untuk makluman, 832452 LK 1 BDI Khairul Izwan Bin Mohamad telah dipertuduh dan disabit dengan kesalahan mencuri “96 tin susu milik kerajaan Malaysia. Beliau telah dibicarakan terus oleh Pegawai Memerintah dan dijatuhkan hukuman 28 hari tahanan pada 10 April 2009.
Pihak TLDM tidak berkompromi dengan warganya yang terlibat dengan kesalahan jenayah. Fakta anggota telah dijatuhkan hukuman tidak menghalang anggota diberhentikan daripada perkhidmatan adalah tidak tepat kerana Panglima Tentera Laut diberi kuasa untuk meluluskan pemberhantian mana-mana anggota TLDM mengikut peruntukkan undang-undang dan dasar sedia ada.
Selain itu, ingin dijelaskan di sini bahawa semua warga TLDM dikehendaki melengkapkan beberapa dokumen untuk proses pemberhentian. Antaranya ialah borang pengesahan kesihatan, penukaran kad pengenalan diri serta bayaran simpanan diri dan kerajaan di bawah Skim Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Proses ini perlu dilalui oleh semua warga TLDM sama ada mereka diberhentikan daripada perkhidmatan atau menamatkan perkhidmatan mengikut tempoh.
Tindakan anggota menghubungi akhbar Harian Metro dan memberikan fakta yang tidak tepat amat dikesali dan pihak Unit Komunikasi Korporat memohon agar pihak Harian Metro menyiarkan kenyataan ini supaya aduan pengadu ini tidak menimbulkan persepsi negatif yang mana boleh mencemarkan imej terhadap perkhidmatan kami di kalangan orang awam. Sebarang pertanyaan sila hubungi Kepten Wah Yuen Mei TLDM dari Markas Tentera Laut di talian 03-20713224.
|