Majlis Penyampaian Pingat Jasa Malaysia Dan Sumbangan Bantuan JHEV ATM
Jumaat, 08 Mei 2009 00:00

 Kuala Lumpur 7 Mei 2009 - Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menyempurnakan Majlis Penyampaian Pingat  Jasa Malaysia dan Sumbangan Bantuan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) bertempat di Dewan Patriot, Menara TH Perdana Kuala Lumpur.

Seramai 14 orang Veteran ATM yang telah berkhidmat menentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) telah menerima Pingat Jasa Malaysia pada majlis tersebut.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah JHEV, Mej Jen Dato' Zulkiflee bin Mazlan.