Persijilan 5S

5S adalah satu falsafah Jepun yang memberi tumpuan kepada organisasi tempat kerja yang berkesan dan piawaian prosedur kerja.5S ialah satu kaedah atau teknik yang digunakan untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran yang berkualiti di dalam sesebuah organisasi

Terdapat 5 fasa utama di dalam 5S iaitu

SEIRI - SISIH :
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja

SEITON - SUSUN
Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas,mudah diambil dan disimpan semula

SEISO - SAPU

Mencuci tempat kerja dengan rapi supaya tiada habuk di lantai,mesin dan peralatan

SEIKETSU - SERAGAM
Seragamkan atau memelihara penyusunan sepanjang masa serta mudah mengamalkan Seiri-Seiton-Seiso.

SHITSUKE - SENTIASA AMAL
Berdisiplin & melatih pekerja mematuhi peraturan dan bertabiat baik di tempat kerja secara berterusan

Objektif 5S

  1. Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan kakitangan
  2. Meningkatkan kerjasama antara kakitangan dalam melaksanakan tugasan harian
  3. Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dikalangan kakitangan
  4. Memastikan keselamatan ditempat kerja untuk setiap kakitangan
  5. Meningkatkanmutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kaizen (inovasi)

Pautan ke Laman Web 5S MinDef adalah  http://mindef5s.mod.gov.my

Demo

Kementerian Pertahanan

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA

(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

×

  • Saksikan aktiviti-aktiviti Segmen Maritim sepanjang LIMA '17 yang berlangsung di Langkawi. Rakaman aktiviti ini dirakam khas bagi tontonan semua. Sila layari Laman Youtube Rasmi TLDM. Klik untuk maklumat lanjut.

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

  • Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.