Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) adalah merujuk kepada sekumpulan kecil pekerja daripada unit kerja yang sama atau melintasi jabatan, bermesyuarat secara tetap untuk mengenalpasti, memilih, menganalisis masalah yang berkaitan dengan kerja dan mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan pihak pengurusan serta melaksanakan keputusan tersebut setelah dipersetujui.

Objektif utama Konvensyen ini adalah seperti berikut:-

i) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf-staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan

ii) Membuktikan dan memberi keyakinan kepada Perkhidmatan Awam bahawa KIK boleh dilaksanakan dalam sektor awam;

iii) Meyakinkan bahawa KIK dapat membantu Pengurusan menyelesaikan masalah berkaitan kerja dan seterusnya membuat penambahbaikan secara berterusan; dan

iv) Mendapatkan maklumbalas mengenai masalah-masalah yang dihadapi dalam melaksanakan KIK dalam sektor awam bagi tujuan untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan program KIK.

Dalam proses mengenalpasti projek/masalah, kumpulan KIK adalah dinasihatkan supaya tidak membincangkan beberapa perkara berikut iaitu:

1) Dasar Jabatan;

2) Perjanjian Kesatuan;

3) Perkara mengenai tindakan tatatertib;

4) Hal-hal peribadi;

5) Gaji dan elaun-elaun;

6) Belanjawan jabatan;

7) Syarat-syarat perkhidmatan;

8) Pembahagian tugas;

9) Dasar kenaikan pangkat dan;

10) Perkara-perkara lain yang tidak ada kaitan dengan masalah kerja.

Demo

Kementerian Pertahanan

Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
MALAYSIA

(60)3-2059 8400
(60)3-2691 4163
portal[at]mod[dot]gov[dot]my

×