Berita Terkini

Majlis Penyampaian Khas Insurgensi Veteran ATM

KUALA LUMPUR - 10 Mac 2017

Penyampaian Khas Insurgensi Veteran ATM kepada Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato' Mohamad Khir bin Abdullah dan Insentif Feri Bas Sekolah kepada Wakil KS Mk ATM disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi semasa Mesyuarat Pengurusan Tertinggi di Bilik Bunga Raya.

YAB Perdana Menteri telah mengumumkan pelaksanaan pembayaran berjumlah RM55juta semasa sesi pembentangan Bajet 2017 di Parlimen pada 21 Oktober 2016 lalu.

Insentif khas ini akan dibayar kepada Veteran ATM yang mengalami kecederaan pada atau sebelum 31 Disember 2001. Penerima yang layak akan dibayar dalam bentuk Insentif Pukal (IP) iaitu bayaran One-Off bagi kecederaan 20% dan ke bawah manakala untuk kecederaan 21% dan ke atas di bayar Insentif Pukal (IP) dan Insentif Bulanan (IB). Insentif Orang Tanggungan (IOT) pula dibayar secara bulanan iaitu kepada waris anggota yang meninggal dunia diperkaitkan dengan tugas.

Insentif Feri Bas Sekolah telah dimulakan pada tahun 2014 dengan kelulusan peruntukan daripada Kementerian Kewangan sebanyak RM2 juta dan ianya hanya tertumpu di Kawasan Lembah Klang sahaja.

Namun begitu, pada tahun 2016 YB Menteri Pertahanan telah mengumumkan perkhidmatan Feri Bas Sekolah diperluaskan ke seluruh negara bagi menjaga kebajikan anak-anak anggota ATM yang merupakan salah satu Teras Menteri Pertahanan iaitu Teras Kebajikan.

 

Bagi merealisasikan hasrat YB Menteri Pertahanan, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato' Sri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi telah berusaha untuk mendapatkan peruntukan secukupnya iaitu sebanyak RM15 juta dan berjaya untuk tahun ini.

×

  • Saksikan aktiviti-aktiviti Segmen Maritim sepanjang LIMA '17 yang berlangsung di Langkawi. Rakaman aktiviti ini dirakam khas bagi tontonan semua. Sila layari Laman Youtube Rasmi TLDM. Klik untuk maklumat lanjut.

  • Tatacara pemakaian pelawat Kementerian Pertahanan Malaysia

  • PERHEBAT menawarkan Skim Pembiayaan Mikro Usahawan Veteran ATM sehingga RM50,000.00. Untuk maklumat lanjut layari www.perhebat.net.my atau hubungi 03-6156 9412 sambungan 212/272

  • Sila klik di sini untuk makluman berkenaan tender.