| Facebook Group 1Malaysia |
| Thursday, 03 December 2009 16:50 |
|
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan Facebook Group 1Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap gagasan 1Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun Facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK. JOM SERTAI FACEBOOK 1MALAYSIA!
Untuk makluman lanjut sila layari : www.1malaysia.com.my
facebook.com/satumalaysia
|
| Last Updated on Tuesday, 22 December 2009 10:15 |






