| Minister of Defence Quality Award |
| Thursday, 16 October 2008 09:14 |
|
PROSES PENILAIAN DAN PEMILIHAN PENERIMA AIKP 1. Peringkat Pertama : Tapisan oleh Pihak Urus Setia Semua permohonan yang diterima akan dibuat tapisan di peringkat Urus Setia untuk memastikan permohonan memenuhi syarat-syarat penyertaan dan tatacara permohonan yang telah ditetapkan. 2. Peringkat Kedua : Penilaian Berasaskan Laporan Semua laporan inovasi yang diterima akan dinilai oleh Panel Penilai yang dipilih dan dilantik khas oleh Kementerian. Penilaian akan dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan. 3. Peringkat Ketiga : Penilaian Inovasi yang Disenarai Pendek Berasaskan Taklimat dan Demonstrasi Pada peringkat ini, inovasi yang di senarai pendek oleh Panel Penilai di peringkat kedua akan dijemput untuk memberi taklimat serta demonstrasi mengenai projek inovasi masing-masing. Taklimat ini bertujuan untuk membolehkan Panel Penilai mendapat maklumat terperinci, penjelasan lanjut dan membuat pengesahan ke atas pematuhan kriteria penilaian yang ditetapkan. Pada peringkat ini juga, sekiranya perlu, projek-projek inovasi berkenaan akan dirujuk kepada agensi-agensi teknikal yang berkaitan untuk mendapat ulasan dan pengesahan berhubung dengan inovasi-inovasi yang dihasilkan. Berasaskan taklimat dan demonstrasi tersebut serta ulasan teknikal (sekiranya ada), Panel Penilai akan menyediakan senarai projek-projek inovasi yang diperakukan sebagai penerima AIKP. 4. Peringkat Keempat : Keputusan Muktamad Penerima Anugerah Inovasi Oleh Jawatankuasa Anugerah Inovasi Senarai projek inovasi yang diperakukan sebagai penerima AIKP dikemukakan kepada Jawatankuasa Anugerah Inovasi untuk pertimbangan dan keputusan muktamad. |
| Last Updated on Tuesday, 20 July 2010 14:36 |






