Financial Management Award
Thursday, 16 October 2008 09:14

1. Permohonan dari Jabatan / Bahagian / Cawangan / Markas / Divisyen / Pangkalan/ Briged / Pasukan / Unit di Kementerian Pertahanan untuk dipertimbangkan bagi Anugerah ini hendaklah dibuat melalui pencalonan oleh Ketua Setiausaha/Timbalan Ketua Setiausaha atau Panglima-Panglima Perkhidmatan/Timbalan Panglima Perkhidmatan.

2. Jabatan / Bahagian / Cawangan / Markas / Divisyen / Pangkalan / Briged / Pasukan / Unit yang hendak menyertai AIKP di kehendaki menyempurnakan tindakan-tindakan berikut:- 

(a) Melengkapkan borang permohonan dan hendaklah di isi dan ditandatangani oleh Ketua Jabatan / Setiausaha Bahagian / Pegawai Memerintah / Ketua Pasukan / Ketua Unit yang mencalonkan    Jabatan / Bahagian / Cawangan / Markas / Divisyen / Pangkalan / Briged / Pasukan / Unit untuk Anugerah Inovasi ini.

(b) Menyediakan laporan inovasi dalam Bahasa Melayu yang mengandungi perkara-perkara berikut:-

  • Maklumat ringkas mengenai Jabatan / Bahagian / Cawangan / Markas / Divisyen / Pangkalan / Briged / Pasukan / Unit;
  • Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan, objektif, tempoh pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya;
  • Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan;
  • Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan; dan
  • Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti Perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan mengikut kriteria anugerah yang ditetapkan.

(c) Laporan Permohonan.

Laporan Permohonan hendaklah disediakan dalam lima (5) salinan hardcopy, satu (1) salinan softcopy (CD-ROM) dan disertakan bersama Borang Permohonan seperti di Lampiran C.  Laporan hendaklah juga memberi penerangan mengenai usaha-usaha peningkatan yang dilaksanakan berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan.      

Semua borang permohonan dan laporan permohonan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan hendaklah dikemukakan pada atau sebelum 15 Oktober 2010 kepada:-

Urus Setia
Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan
Unit Inovasi, Bahagian Pentadbiran
Kementerian Pertahanan
Tingkat 2 (Pintu 2.12.2)
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(u.p: Puan Noor Hajamaimun bt Nor Azlan)

(d) HAD MUKA SURAT PENULISAN LAPORAN

Semua laporan permohonan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) adalah dihadkan kepada 100 muka surat sahaja (tidak dibenarkan melebihi had ini).

Bahagian Pengenalan pula yang mengandungi pengenalan tentang Jabatan/ Bahagian/Markas/ Divisyen/Pangkalan/Briged/Pasukan/Unit yang memohon Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) dihadkan kepada 10 muka surat sahaja (tidak dibenarkan melebihi had ini).

(e) FORMAT LAPORAN

Penggunaan Muka Huruf (type face atau font) bagi tujuan penulisan laporan adalah dicadangkan jenis san-serif seperti Helvetica (Helvetica) dan Arial (Arial) atau jenis serif iaitu Times New Roman (Times New Roman).

Saiz Muka Huruf yang dicadangkan ialah 12 point bagi semua jenis muka huruf.

“Line Spacing” bagi semua muka huruf yang dipilih untuk tujuan penulisan laporan dicadangkan pada “1.5 line spacing”

Format “Alignment” bagi penulisan laporan dicadangkan menggunakan “Alignment justify”.

“Indent (tab)” bagi permulaan setiap perenggan baru dalam penulisan laporan haruslah pada 0.5 inci.

Penggunaan Muka Huruf, Saiz Muka Huruf, “Line Spacing” dan “Alignment” harus konsisten bagi keseluruhan laporan.

 

CONTOH FORMAT LAPORAN

Menggunakan Muka Huruf Helvetica dengan saiz Muka Huruf 12 point

Tujuan Laporan permohonan ialah untuk membolehkan Jabatan/ Bahagian/ Markas/ Divisyen/ Pangkalan/ Briged yang memohon Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan (AIKP) menyampaikan maklumat tentang pengurusan inovasi di Jabatan/ Bahagian/ Markas/ Divisyen/ Pangkalan/ Brigednya.  Laporan ini akan dijadikan asas oleh Panel Pemeriksa untuk membuat penilaian tentang sistem pengurusan inovasi di Bahagian/J abatan/ Markas/Divisyen/ Pangkalan/  Briged berkenaan.

 

Last Updated on Tuesday, 20 July 2010 14:27