Majlis Pelancaran Sambutan Hari Ulangtahun PERHEBAT Yang Ke 40
Thursday, 11 February 2010 13:02
Malay Version Only

Sungai Buloh 11 Feb 2010 - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Hari Ulangtahun PERHEBAT Yang Ke 40 bertempat di Kem Sungai Buloh, Selangor.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk memperingati dan menghargai ulangtahun penubuhan PERHEBAT sebagai sebuah Institusi Latihan Kemahiran Kementerian Pertahanan. Melalui majlis ini, warga PERHEBAT dapat melihat kembali kejayaan PERHEBAT semenjak ianya ditubuhkan dan seterusnya melihat ke hadapan memastikan PERHEBAT sentiasa relevan dan bersedia menghadapi perubahan dalam persekitaran yang semakin mencabar khususnya dalam pembangunan modal insan.

Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan awam dan tentera Kementerian Pertahanan.

Last Updated on Thursday, 11 February 2010 14:24