| Speech By Chief Of Defence Forces |
|
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas atas kesinambungan Portal Rasmi KEMENTAH. Saya berasa gembira kerana ATM turut komited ke arah mengaplikasi kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi yang dinamik dan canggih pada hari ini menerusi portal ini. Saya percaya bahawa sejak ianya dilancarkan, pelbagai maklumat dan berita berkaitan ATM telah dapat dikongsi bersama dalam komuniti KEMENTAH serta pihak luar. Justeru, adalah menjadi harapan saya agar maklumat dan berita semasa sama ada tentang peranan dan tugas, hal-ehwal mahupun aktiviti ATM akan dimanfaatkan dengan optimum sesuai dengan matlamat pewujudan medium tersebut. Pada masa yang sama, suka saya menyeru ketiga-tiga cabang ATM agar meneruskan sokongan padu kepada portal ini dengan menyalurkan berita dan maklumat terkini serta memberi maklum balas bagi setiap pertanyaan atau komen dengan berhemah, tepat dan pantas. Saya percaya bahawa hasilnya akan turut menaikkan imej dan reputasi ATM di mana pihak umum di samping memelihara keyakinan semua pihak terhadap komitmen berterusannya sebagai perisai negara serta penyumbang kepada keselamatan dan kestabilan serantau. Akhir kata, saya berharap agar portal ini akan memartabatkan lagi tahap profesional, integriti dan ketelusan sistem penyebaran maklumat KEMENTAH demi kebaikan kita bersama. Semoga platform signifikan ini merapatkan hubungan baik, kesepaduan dan kerjasama antara ATM dengan rakan-rakan dari KEMENTAH serta pihak luar dan sekali gus menyokong aspirasi gagasan 1Malaysia. Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. TAN SRI DATO’ SRI AZIZAN ARIFFIN
|
| Last Updated on Thursday, 11 March 2010 09:28 |









