| Piagam Pelanggan |
| Friday, 06 March 2009 16:03 |
|
There are no translations available.
1. MENGURUSKAN PERTAHANAN NEGARA DENGAN CEKAP DAN BERKESAN SUPAYA KEPENTINGAN STRATEGIK, KEDAULATAN DAN KEUTUHAN NEGARA SENTIASA TERJAMIN; 1.1 PENGURUSAN DASAR 1.1.1 Menganjur Mesyuarat Lembaga Menteri sekali sebulan. 1.1.2 Menganjur Mesyuarat Dasar sekurang-kurangnya 6 kali setahun. 1.1.3 Mengadakan Mesyuarat Dua Hala sekurang-kurangnya 10 mesyuarat setahun. 1.1.4 Mengadakan Mesyuarat Five Power Defence Arrangement (FPDA) sekurang-kurangnya 4 kali setahun. 1.1.5 Membentangkan sekurang-kurangnya 3 kertas kerja di dalam Mesyuarat ASEAN Regional Forum (ARF). 1.1.6 Memajukan draf nota bantahan diplomatik dalam tempoh 2 hari kepada Kementerian Luar Negeri. 1.1.7 Memberi pandangan kepada Kementerian Luar Negeri dari segi dasar berhubung dengan kelulusan / penolakan diplomatik (diplomatic clearance) bagi pesawat-pesawat dan kapal-kapal tentera negara asing dalam tempoh 2 hari dari tarikh permohonan diterima. 1.1.8 Memberi ulasan mengenai isu-isu strategik dalam tempoh 2 hari dan isu-isu antarabangsa dalam tempoh 5 hari sesuatu isu itu dibangkitkan.
1.2 PEMBANGUNAN INDUSTRI PERTAHANAN 1.2.1 Menyediakan laporan penilaian syarikat industri pertahanan dalam tempoh 2 minggu selepas lawatan. 1.2.2 Memuktamadkan program perdagangan timbalbalas dan mengenalpasti benefisian dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh surat niat dikeluarkan (LOI). 1.2.3 Mengkoordinasikan penyertaan syarikat industri pertahanan ke pameran pertahanan antarabangsa 1 tahun sebelum pameran berlangsung. 1.3 PENYELIDIKAN PERTAHANAN 1.3.1 Menyiapkan projek R&D jangka pendek tidak melebihi satu (1) tahun. 1.3.2 Menyiapkan projek R&D jangka panjang tidak melebihi lima (5) tahun. 1.3.3 Melaksanakan pengujian dan menyiapkan laporan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan. 1.3.4 Menyiapkan pembangunan awal spesifikasi perolehan atas permintaan pengguna dengan memberi respon tidak melebihi lima (5) hari. 1.3.5 Menapis spesifikasi perolehan dalam tempoh tidak melebihi lima belas (15) hari. 1.3.6 Mengesahkan spesifikasi perolehan yang lengkap dan mengeluarkan sijil pengesahan dalam tempoh tiga (3) hari. 1.3.7 Melaksanakan penyiasatan kegagalan dan menyiapkan laporan dalam tempoh tidak melebihi dua (2) bulan. 1.3.8 Memberi khidmat nasihat teknikal mengikut kepakaran spesifik tidak melebihi lima belas (15) hari.
1.4 KHIDMAT PERUNDANGAN 1.4.1 Memberi pandangan perundangan dalam masa 3 minggu selepas menerima permohonan. 1.4.2 Menyemak dan memberi ulasan ke atas draf kontrak perolehan dalam tempoh 3 minggu daripada draf diterima.
1.5 PENGAUDITAN 1.5.1 Menyediakan laporan pengauditan pengurusan kewangan berdasarkan indeks akauntabiliti dalam tempoh 14 hari selepas pengauditan dijalankan dan laporan pengauditan prestasi pengurusan dalam tempoh 30 hari selepas pengauditan.
1.6 PENGURUSAN ADUAN PELANGGAN 1.6.1 Memperakui penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh 24 jam. 1.6.2 Menyelesaikan segala aduan dalam tempoh 10 hari waktu bekerja. 2. MELAYANI DENGAN PENUH ILTIZAM SEGALA KEPERLUAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DALAM PEMBANGUNAN KEUPAYAAN DAN KESIAPSIAGAAN.
2.1 PENGURUSAN PEROLEHAN KELENGKAPAN DAN PERKHIDMATAN 2.1.1 Proses pengurusan dan pentadbiran perolehan barangan dan perkhidmatan Kementerian Pertahanan daripada permohonan pengguna yang lengkap diterima sehingga Surat Setuju Terima (SST/LOA) hendaklah dilaksanakan dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti berikut :
2.1.2 Semua kontrak perkhidmatan, rangsum dan alat ganti hendaklah diperbaharui 14 hari sebelum kontrak semasa tamat bagi membolehkan keperluan berkenaan diterima.
2.2 PENGURUSAN PROJEK INFRASTRUKTUR 2.2.1 Menyiapkan rekabentuk projek dalam tempoh 3 bulan. 2.2.2 Menyelesaikan proses tender dalam tempoh 3 bulan. 2.2.3 Mengeluarkan surat setuju terima kepada kontraktor dalam tempoh 3 hari bekerja selepas keputusan Lembaga Perolehan. 3. MELAYANI DENGAN PENUH ILTIZAM SEGALA KEPERLUAN ANGKATAN TENTERA MALAYSIA DALAM PENGURUSAN SUMBER MANUSIA, KEWANGAN DAN ICT.
3.1 PENGURUSAN KEWANGAN 3.1.1 Menyedia dan mengemukakan bajet tahunan dalam tempoh 4 bulan dari tarikh menerima arahan penyediaan belanjawan daripada Perbendaharaan. 3.1.2 Waran diagihkan kepada Program dalam tempoh 10 hari dari tarikh penerimaan Waran Am daripada Perbendaharaan. 3.1.3 Permohonan kelulusan kewangan diproses dan diputuskan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima. 3.1.4 Laporan Naziran Stor dan Aset disediakan dalam tempoh sebulan dari tarikh tamat pemeriksaan bagi setiap pusingan.
3.2 PENGURUSAN BAYARAN 3.2.1 Semua bil bayaran dijelaskan dalam tempoh 14 hari dari tarikh bil lengkap diterima.
3.3 PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 3.3.1 Mengkaji dan memberi pertimbangan ke atas semua kertas cadangan penambahbaikan dan permohonan elaun, kemudahan dan syarat-syarat perkhidmatan ATM untuk dikemukakan ke JPA dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh kertas cadangan diterima. 3.3.2 Meningkatkan kompetensi modal insan dengan melaksanakan sekurang-kurangnya 95% kursus latihan dari Buku Program Latihan Kementerian. 3.3.3 Surat tawaran lantikan untuk urusan pengambilan kakitangan awam di bawah perwakilan kuasa P.U.(B) 496 di keluarkan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup.
3.4 PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN ICT 3.4.1 Menyemak dan memberi maklum balas ke atas kertas cadangan projek ICT di Kementerian Pertahanan dalam untuk Jawatankuasa Teknikal tempoh 5 hari bekerja dari tarikh penerimaan. 3.4.2 Menyelenggara rangkaian dan sistem aplikasi supaya mencapai tahap tidak kurang 99% ketersediaan capaian. 3.4.3 Menyemak dan memberi ulasan ke atas spesifikasi tender perolehan ICT dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh penerimaan. |
| Last Updated on Wednesday, 10 March 2010 16:36 |







